Insurans Marin untuk Servis Hantar Kereta ke Sabah & Sarawak
Insurans Marin ialah pelan perlindungan penting dalam servis hantar kereta melalui pengangkutan laut. Ia melindungi kenderaan anda daripada risiko seperti kerosakan, kehilangan atau kerugian sepanjang proses penghantaran menggunakan kapal laut. Sekiranya berlaku sebarang insiden, syarikat insurans akan membayar pampasan berdasarkan nilai pasaran kenderaan seperti yang dinyatakan dalam polisi insurans.
Di Goba Brothers Sdn Bhd, kami bekerjasama dengan beberapa syarikat insurans terkemuka bagi menyediakan pakej insurans marin terbaik untuk servis hantar kereta ke Sabah dan Sarawak. Perlindungan ini khusus untuk kenderaan yang dihantar menggunakan kapal laut sahaja.
Skop Perlindungan Insurans Marin
Perlindungan insurans marin adalah bermula dari Port of Loading hingga Port of Discharge sahaja. Ia hanya melindungi bahagian standard kenderaan dan tidak meliputi:
- Barangan peribadi di dalam kenderaan
- Kesan calar atau kemek kecil
- Aksesori tambahan seperti subwoofer, pembesar suara tambahan, turbometer dan lain-lain
Sebarang kehilangan atau kerosakan barangan peribadi adalah di bawah tanggungjawab pemilik kenderaan.
Risiko yang Dilindungi
Insurans marin dalam servis hantar kereta melindungi risiko seperti:
- Kapal karam atau terbalik
- Tsunami
- Kebakaran atau letupan
- Kapal berlanggar dengan jeti atau kapal lain
- Lashing terputus
- Kemalangan kenderaan di atas kapal
- Kecurian alat ganti standard (cermin sisi, bampar, stereng, lampu, bateri dan lain-lain)
Contoh Kiraan Insurans Marin
Kadar insurans marin adalah berdasarkan nilai pasaran kenderaan:
Contoh 1:
Bezza (2023) – Nilai pasaran RM33,000
Bayaran insurans:
RM33,000 × 0.35% + Duti Setem RM10
= RM125.00
Contoh 2:
Honda (2010) – Nilai pasaran RM100,000
Bayaran insurans:
RM100,000 × 0.30% + Duti Setem RM10
= RM310.00
⚠️ Nota penting:
Kos minimum insurans marin ialah RM125, walaupun nilai kenderaan lebih rendah. Sebarang tuntutan adalah berdasarkan nilai pasaran semasa kenderaan.
Servis Hantar Kereta ke Sabah & Sarawak
Nak guna servis hantar kereta yang selamat dan dipercayai ke Sabah atau Sarawak?
Hubungi Goba Brothers Sdn Bhd sekarang untuk maklumat lanjut.
🌐 Website: www.servishantarkereta.com
📞 WhatsApp / Call: Pn Linda – 012-208 8979
🔗 wassap.my/60122088979/servishantarkereta
Hubungi kami sekarang untuk servis hantar kereta yang selamat & terjamin! ❤️


Leave a Reply