
Servis hantar kereta ke Sabah dan Sarawak hanya dengan 5 langkah mudah.Kami sediakan panduan untuk hantar kereta ke Sabah dan Sarawak melalui urusan yang mudah dan dipercayai.Ikuti langkah ini satu persatu dan buat keputusan di langkah terakhir.
Langkah Pertama -Dapatkan Quotation

Langkah pertama,anda perlu menghubungi kami di https://wa.me/60122088979 untuk dapatkan sebutharga.Sertakan butiran peribadi anda seperti nama/no telefon/email dan alamat untuk memudahkan urusan seterusnya.Anda perlu pilih jenis servis samaada ingin menghantar kereta anda dengan menggunakan kapal RORO atau kontena.Anda juga perlu maklumkan kepada kami butiran kereta anda dan lokasi untuk kami ambil kereta anda.Anda juga boleh hantar kereta anda sendiri kepada kami.
Langkah Kedua – Serah Dokumen

Seterusnya,anda perlu serahkan dokumen yang diperlukan seperti salinan kad pengenalan,salinan geran kenderaan ataupun VOT dan Bank Release Letter (jika kenderaan anda masih dalam pembiayaan).Semua dokumen ini hendaklah jelas dan mudah dibaca.Bagi mendapatkan Bank Release Letter anda perlu mendapatkan surat rasmi daripada kami untuk dibawa ke bank.Anda juga perlu bawa bersama salinan kad pengenalan dan Shipping Invoice.Jika dokumen lengkap,pihak bank akan bantu anda untuk keluarkan Release Letter for Transfer of Vehicle dan proses ini akan mengambil masa 1-2 hari.
Langkah ke -3 -Hantar Kereta Ke Yard

Selepas itu,kami akan mudahkan urusan penghantaran anda.Jika anda pilih servis Door to Door,kami akan ambil kereta anda dari lokasi yang anda tentukan.Anda hanya perlu beri alamat untuk kedua-dua destinasi untuk kami pick up dan drop off.Kemudian kereta anda akan dihantar terus ke VTC (Vehicle Terminal Centre) dan pemeriksaan kereta akan dilakukan di sini.VTC adalah lokasi di pelabuhan tempat kenderaan disimpan sebelum dihantar ke destinasi lain.Kami akan ambil gambar kereta dan berikan anda maklumat proses penghantaran dari masa ke semasa.
Langkah ke -4 -Laoding ke Kapal / Kontena

Kereta anda akan dimasukkan ke dalam kapal atau kontena untuk perjalanan laut.Sepanjang perjalanan kapal,kami akan update anda status perjalanan kapal atau anda juga boleh semak secara live di https://www.vesselfinder.com/ports/MYPKG001
Langkah ke -5 -Kereta Sampai & Collect

Akhir sekali,apabila kapal berlabuh kami akan uruskan proses pelepasan Kastam sebelum anda boleh ambil kereta anda dari yard atau jika anda pilih servis penghantaran terus,kami akan uruskan penghantaran ke destinasi yang anda pilih.Anda boleh periksa kenderaan yang diterima dalam keadaan baik.

Terima kasih kerana membaca sehingga perenggan terakhir.Hubungi kami di alamat dan nombor tertera untuk daaptkan servis hantar kereta anda.Terima kasih.


Leave a Reply